May 30, 2011

Inisiatif Untuk Kepentingan Belia di Malaysia


Pengiktirafan pacu kepemimpinan masa depan negara

YAB Datuk Seri Najib Razak, telah mengumumkan enam inisiatif untuk kepentingan belia di negara ini selaras pengiktirafan terhadap golongan itu sebagai pemangkin transformasi negara serta pelapis kepemimpinan pada masa depan. Inisiatif itu telah diumumkan Perdana Menteri ketika berucap melancarkan program Himpunan Sejuta Belia Putrajaya 2011 di Putra Jaya pada 28 Mei 2011 yang lalu. Enam inisiatif itu adalah:

1. Mewujudkan Taman Belia di Putrajaya selaras hasrat kerajaan menjadikan pusat pentadbiran negara itu sebagai bandar raya mesra belia. Perbadanan Putrajaya diarah menyediakan kemudahan infrastruktur bagi taman itu termasuk tapak perkhemahan;


2. Mewujudkan Parlimen Belia untuk membolehkan wakil yang dipilih belia menyatakan pandangan, cadangan dan cita rasa golongan itu kepada kerajaan. Ia adalah persediaan untuk masa depan negara serta usaha kerajaan memahami pandangan, cadangan dan cita rasa belia bagi membolehkan wakil golongan itu berbahas usul dan kerajaan akan menimbangkannya;

3. Mewujudkan portal belia sebagai satu galeri untuk memaparkan kegiatan belia di seluruh negara;

4. Memperkenalkan Ikon Belia bagi menonjolkan tokoh belia dan remaja negara ini yang boleh menjadi idola kepada rakan lain. Mereka akan menjadi contoh kepemimpinan kepada belia;

5. Program My Corps untuk memupuk semangat khidmat sukarela di kalangan belia dan meningkatkan semangat kesukarelawanan di kalangan golongan itu dalam segala kegiatan.

6. Program The Leader iaitu mentor-mentee yang boleh memberikan galakan ke arah mewujudkan belia yang berjaya dalam bidang keusahawanan, aktiviti sosial, pentadbiran awam dan profesional.

(Dipetik daripada http://belia.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=453:6-inisiatif-belia&catid=87:akhbar)

No comments:

Post a Comment